Rabu, 20 Februari 2013

Fenomena 'Durian Crepe'

Fenomena Durian Crepe melanda....errmmmmm dengan akak2 jugak terjebak.....sebab suka punya pasal ngan Durian Crepe ni..gagahkan juga la buat...lebih jimat rasanya dari beli..heheheee....

Jom buat Durian Crepe......resepinya aku ambik dari internet jer...senang) eheheheheeeee....

Bahan-bahanya :
  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur) 

Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek  

 Cara-cara: 
  • Campur semua bahan kemudian blender dan tapis
  • Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil
  • Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan  biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk. 
  • Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan   simpan didalam peti sejuk.
.....SELAMAT MEMCUBA......


Selasa, 19 Februari 2013

Western Food


Jalan-jalan cari makan lagi, kali ni tekakku teringin nk makan western food....aku paling suka makan kt Ayers Rock Butcher & Grill, Bukit Jelutong...memang terbaikkkkk.....
Ayers Rock Butcher & Grill
dekat sini macam-macam jenis steak ada, ribs, striploin, angus, lamb shoulder, lamb chop and the most expensive is Premium Ribeye.. pastu nak saiz besar mana pun boleh terpulang pada budget dan selera masing-masing la... 
 Lunch Set Promotion  

Makanan kt sini halal dan ada sijil halal so jgn takut la(coz owner dia org malayu) daging semua diimport dari Australia.. 

 
Gravy dia sangat-sangat yummy, sangat-sangat sedap..tak rasa muak pun kalau mkn banyak-banyak..rasa blackpepper tapi tak pedas sangat dan creamy (bak kata secukup rasa la..)hihiiiii..sebab sedap punya pasal siap mintak tambah lagi gravy..malu tolak tepi....heheheeeeee,mixed salad pun so nice ala-ala cam cheff yang masak kt dalam Food Network mix ngan Olive Oil jer......
 
~280gm Premium Ribeye~ 

-Ayers Rock Bucher & Grill-
Add: Lot 04-G, D'Bayu Jalan Serambi U8/24 Bukit Jelutong 40150 Shah Alam 
Contact :  037845 5150





Isnin, 18 Februari 2013

Jalan Jalan Cari Makan

Mari makan nasi arab....dah dua tiga kali try nasi arab...tapi yang paling paling the best nasi arab 

~ AROMA HIJRAH ~ 

Restoran ni terletak di TTDI Jaya Shah Alam..berdekatan dengan Masjid TTDI Jaya Shah Alam....tapi yang penting nasi arabnya bukan orang arab yang masak ye...heheheee....tu sebab bila makan banyak mcm mana pun tak rasa muak....like it...:-)
 

Yang bestnya Aroma Hijrah ni adalah tempat duduk bersila dia, Aku pandang dari jauh jer la...sebabnya tidak la bagi aku nak duduk bersila..sebab karang tak boleh nk bangun bila dah kenyang, silap-silap hari bulan terus landing tidurrrrr....zzzzzz...hihihihiiiiiiiiiiii......... 
  
~Antara Menunya~
 





Bila buka  jer menu,berpinar-pinar mata jap..banyaknya menu..nak order yang mana satu ni?..Nasi Maqlubah, Ayam Roasted, Kambing Bakar, Nasi Mandy dan macam-macam lagi la..... 



 taaa..daaa....tengok gambar pun sedap kan..kan.kan..belum makan lagi....nak cerita sikit la nasi arab kt sini ader beberapa saiz...siap datang dalam dulang lagi...ikut suka korang ler..nak makan dalam dulang boleh, nak guna pinggan pun boleh........:-)

kawan-kawan opis yang juga pengemar nasi arab...apa-apa pun kambing juga la sedap dan akan menjadi pilihan hatiku bila datang lagi nanti...daging kambing ni sedap sangat. tak der langsung rasa hanyir atau bau kambing....kambing ni mandi kut..sebab tu tak der bau kambing... Hehehe.

pada sesiapa yang teringin nak pergi Restoran Aroma Hijrah ni, boleh la buka official Facebook Aroma Hijrah....senang jer nak cari Restoran Aroma Hijrah ni....berpandukan TUDM Subang, JBPM (bomba..promote sikit)...heheheee..Mont Fort Boy...Politeknik Shah Alam.....dan yg paling senang Space U8...hihihiiii

Aroma Hijrah pasti tidak akan mengecewakan anda semua...harganya yang berpatutan dan yang penting sebab sedap SANGAT-SANGAT!!!!!..............



Ahad, 17 Februari 2013

SUKA, CINTA, dan MENYAYANGI


Cinta dan perkahwinan berkait rapat seperti kiambang bertaut. Kalau kiambang dipisahkan mereka pasti berpaut kembali. Cinta dan perkahwinan berkait rapat untuk membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Jangan jadi alasan untuk mengelaknya. Hmm teringat perihal kata orang orang dulu dulu…nikah dulu baru bercinta. Tapi soalnya zaman sekarang, pendapatnya jauh berbeza.  Kita perlu berkenalan dahulu barulah boleh menuju ke gerbang perkahwinan. Bukan apa…. kebanyak suka berahsia.. sudah kahwin mengaku bujang.. tup tup tup...meletup..Ahhh....dah kahwin..ada anak empat?? lagi satu paling mengejutkan. .. Terperanjat beruk terlanggar monyet.. nak jadikan bini no 4. Siapa nak jawap tu??.. bagi yang buta hati dan perasaan ..terus terima… kerana cinta ..tidak pandang masa depan.. bila dah terkena .. sudah terantuk baru nak menadah. Menangis pun tidak berlagu. Bagaimana dia pernah lukakan isterinya.. begitu dia akan lukakan hati anda seterusnya. Ada pula berkata seperti tidak bersalah..
Lelaki lebih banyak sekarang ni, tak salah kalau berpoligami dan berkongsi kasih. Oh No! macam satu kerja gila gitu. Apa perasaan anda jika berkata begitu.. lainlah si isteri begitu rela hati datang meminang pada anda untuk dijadikan madu. Seperti ada sebuah novel Madu Pilihan....ada pula tidak kira isteri orang atau suami orang…tunang orang atau matair orang sibuk nak rapat rapatkan diri.. maksudnya… jadikan diri sebagai orang ketiga or best man/women win. Tak baikkan macam itu… hish. Yang sudah berumahtangga jadi hantu nets sibuk cari spare tyre…mula mula kawan lama lama bertukar perasaan… sampai bercerai berai……. …subhanallah apa nak jadi…hargailah rumahtangga anda.. jagalah sebaiknya.. bersyukur apa yang ada.. alam siber ni memang indah indah belaka kalau dah terjadi satu hal.. nanti menangis tidak berlagu…susah kang....

Yang pertama niat hendak berkawan boleh tapi jangan sampai terlampau batas sehingga maruah tergadai jangan ambil hak orang..suami orang atau isteri orang… jangan sekali kali main api… nanti termakan diri… carilah yang benar benar baik dan single…itupun seribu dalam satu boleh dipercayai. Bagi kaum hawa jangan ingat … lelaki kurang..suami atau tunang atau hak orang kita kebas juga…kasihanilah mereka… Kalau hari ini lelaki itu boleh buat demikian pada pasangan mereka ..nanti terkena pada diri kita..like karma gitu....jangan sekali kali mengambil kesempatan yang adas ehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana kepentingan diri sendiri sebagai wanita… kita harus menjaga diri dan akhlak kita jangan sampai tercemar. sekali tercemar..sampai mati disebut.

Fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. jadilah wanita mithali.. wanita penghuni surga banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin

Dalam pengertian cinta dan perkahwinan perlulah dianggap perlu dalam kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kakipukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung....so renung-renungankanlah.....

Cuti cuti..lepak..lepak..IPOH with Love......


Berkumpul adik beradik memang seronok...adik beradikku tak ramai cuma 6 org jer heheheee... 5 perempuan sorg jer lelaki.....time cuti mcm inilah kami semua adik beradik dapat berkumpul... cuma time nie adik lelakiku tak dpt balik...... keadaan tidak mengizinkan...:-)

Aktiviti tiap kali kalau bercuti, balik ipoh mesti aktiviti menangkap ikan kt kolam abah tak dilupakan...walaupun kolamnya kecik...atok bela jugak ikan nk bagi anak2 ngan cucunya makan....


kolam abah@atok

mari..mari..mari tangkap ikan......


hasil tangkapan......

 jelawat vs talapia

hasil dari kolam abah@atok....ikan jelawat dan talapia....tapi aku hanya mkn ikan jelawat..talapia tu kurang mkn sebab jemu kut...masa bujang2 dulu slalu bedal..tekak dh tak boleh nk terima...heheheee...

ikan dh tangkap apa lagi jom masakkkkk.....hihihiiii


menu mkn tghari kami...heheheee..ikan bakar, talapia msak lemak cili api...sup tulang, puncuk ubi rebus....yum..yum..yum....yg lain jamu mata jer la ye....heheheee



Rabu, 19 Ogos 2009

RENUNGAN MEMUJUK HATI



.: RENUNGAN MEMUJUK HATI :.
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalahkita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang ita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan....nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu, Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut,carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuat hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar-benarnya. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah kemana – mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana andahanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang, jika anda rasaianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis , mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pulay ang akan menangis.
Wassalam.......

Isnin, 17 Ogos 2009

KEJUJURAN BUKTI CINTA SEJATI


PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.
Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.
Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.
Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.
Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?
Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?
Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.
Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.
Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!
Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:
Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.